Penjaga stor didakwa menipu jawatan konstabel polis - Utusan Malaysia

Penjaga stor didakwa menipu jawatan konstabel polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang penjaga stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memperdaya seorang wanita untuk urusan pelantikan jawatan konstabel polis dan meminta sogokan wang tunai sejumlah RM500 pada bulan Mac lalu.

Tertuduh, Razali A.D Samat, 30, dari Kampung Bakalau daerah Beaufort didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didakwa menipu Zulikah Nawali, 27,  dengan memperdayakan wanita terbabit dalam urusan pelantikan jawatan konstabel polis dan meminta sogokan wang tunai sebanyak RM500.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dekat sini sekitar bulan Mac lalu.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit sebanyak RM2,500.

Mahkamah turut menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh pengurusan kes tersebut.

Pada prosiding berkenaan pihak pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Albert Basiri manakala tertuduh pula diwakili peguam PJ Pereira. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN