PUTRAJAYA – Peningkatan pendaratan ikan atau musim ikan banyak terutamanya ikan kembung yang sedang berlaku sekarang adalah disebabkan musim ikan matang, kata Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Menurut jabatan itu pendaratan ikan kembung menurun bagi tempoh Januari hingga Mac dan kembali meningkat mulai April setiap tahun. “Terdapat dua spesies utama ikan kembung di Malaysia iaitu R. kanagurta (kembung borek) yang biasanya berada lebih jauh ke lautan dan R. brachysoma (kembung pelaling)…










