Peniaga durian ditikam warga Myanmar - Utusan Malaysia

Peniaga durian ditikam warga Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga­ durian cedera akibat ditikam menggunakan pemutar skru oleh sekumpulan lelaki warga Myanmar yang cuba menyamunnya di hadapan sebuah premis berhampiran Jalan Ipoh di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun itu dikatakan berjalan kaki dari arah rumah­nya menuju ke kereta sambil membawa beg sandang mengan­dungi wang tunai hasil jualan durian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa bagaimanapun didatangi sekumpulan lelaki Myanmar yang bertindak meragut beg sandang dan menikam dada mangsa ketika dia cuba bergelut mendapatkan semula begnya.

Katanya, anggota balai polis bergerak dan orang awam yang melihat kejadian itu cuba menangkap suspek, namun dua daripadanya berjaya melarikan diri.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN