Pengundi DUN Sungai Kandis diseru turun mengundi Sabtu ini - SPR - Utusan Malaysia

Pengundi DUN Sungai Kandis diseru turun mengundi Sabtu ini – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyeru pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis supaya menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PKR) DUN itu Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, pengundi juga dinasihatkan supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi di saat akhir walaupun tempoh mengundi telah ditetapkan sehingga pukul 5.30 petang.

“SPR juga meminta para pengundi agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian.

“Semakan awal itu bagi memudahkan mereka untuk merancang perjalanan serta mengelakkan mereka menghadapi  masalah kesesakan di pusat mengundi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih tersebut dengan melayari  portal rasmi SPR di www.spr.gov.my  atau aplikasi MySPR Semak. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN