MARANG 8 Julai – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melibatkan sekolah persendirian Cina mesti dilakukan secara pendekatan holistik supaya ia tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu beliau bercadang untuk bertemu dengan semua pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, para pejuang bahasa di negara ini bagi membincangkan soal tersebut yang makin mendapat tentangan meluas. Menurut beliau, UEC…










