SHAH ALAM 20 Julai – Seorang pengetua Maahad Tahfiz, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, dipilih sebagai calon PKR untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 Ogos ini. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara itu pada majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK tersebut di Padang Rakyat Kampung Jalan Kebun, di sini malam tadi. Wan Azizah, yang juga Timbalan Perdana…










