Pengerusi PKR Kelantan menang tanpa bertanding - Utusan Malaysia

Pengerusi PKR Kelantan menang tanpa bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 Julai – Pencalonan pemilihan pucuk kepemimpinan PKR peringkat negeri hari ini dilihat meriah apabila lebih 1,400 nama diterima bagi merebut 756 jawatan yang dipertandingkan di 14 cabang.

Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir tidak dicabar sesiapa bagi jawatan Ketua Cabang Ketereh, sekali gus diumumkan menang tanpa bertanding.

Ab. Aziz, 55, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Ketereh menerajui cabang berkenaan selama tiga penggal berturut-turut

Turut tiada pertandingan ialah jawatan Ketua Cabang Kota Bharu yang membolehkan muka baharu, Zinda Khalil Hassan menang tanpa bertanding.

Setakat pukul 9 malam ini, kebanyakan jawatan ketua cabang melibatkan pertembungan satu lawan satu kecuali Bachok yang bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru.

Pengarah Komunikasi PKR negeri, Mohd. Sukirman Mustafa berkata, sesi pencalonan ditutup tepat pukul 6.30 petang ini

Katanya, bantahan boleh dibuat bermula 1 Ogos depan dan senarai akhir semua calon akan diumumkan selepas tamat tempoh bantahan.

“Alhamdulillah sesi pencalonan pemilihan parti peringkat negeri hari ini yang dibuka sejak 10 pagi ini berjalan lancar sehinggalah ditutup pada pukul 6.30 petang. Kita tidak akan melayan mana-mana pencalonan dibuat selepas tamat tempoh ini.

“Kita harap semua calon yang akan disahkan bertanding kelak dapat berkempen dengan cara sihat dan menjaga keharmonian dapat elak perpecahan dalaman,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Kira-kira 46,200 ahli PKR di negeri ini dijadual mengundi secara e-voting pada September depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN