MELIHAT bagaimana kedua ibu bapanya berdepan dengan kegagalan rumah tangga ketika usianya menginjak 15 tahun, begitupun naluri Julia Farhana Mavin tetap utuh mempercayai bahawa di luar sana masih wujud cinta yang sejati. Bersyukur Tuhan menemukannya dengan Erwin Dawson, pelakon drama Ku Kirim Cinta ini mengaku bersama lelaki itu, dia merasai pengertian dan keikhlasan cinta yang sebenar meski usia perkenalan mereka baru setahun. Sudah dilamar oleh Erwin pada tahun lalu,…










