Pengarah JPDS, dua pengarah syarikat kontraktor bebas reman - Utusan Malaysia

Pengarah JPDS, dua pengarah syarikat kontraktor bebas reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan dua pengarah syarikat kontraktor berkaitan penyelenggaraan kapal dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas direman sejak Jumaat minggu lalu.

Majistret Cindy Mc Juse Balitus membenarkan pengarah JPDS terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit bersama dua penjamin rakyat tempatan. 

Sementara itu, dua pengarah kontraktor pula masing-masing dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan deposit RM8,000 bersama dua penjamin rakyat tempatan.

Ketiga-tiga individu tersebut juga diminta melaporkan diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.

Terdahulu, tiga suspek berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan direman bagi membantu siasatan salah laku rasuah mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mereka disiasat kerana dipercayai memberi rasuah kepada penjawat awam melibatkan penyelenggaraan kapal yang berlabuh di Pelabuhan Sabah antara tahun 2016 hingga 2018.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin manakala pengarah JPDS tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN