Penganjur ‘jamu’ wartawan daging babi - Utusan Malaysia

Penganjur ‘jamu’ wartawan daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 12 Julai – Beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu yang membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di sini, malam tadi berasa amat terkilan atas sikap tidak sensitif penganjur yang menghidangkan daging babi tanpa memaklumkan perkara tersebut.

Majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, ahli-ahli dewan undangan negeri serta beberapa tetamu kehormat itu gagal dikelolakan dengan baik di mana pihak penganjur tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.

Lebih teruk lagi, tiada langsung wakil daripada pihak penganjur yang mendekati wartawan untuk memaklumkan mengenai jenis hidangan sepanjang majlis tersebut hingga menyebabkan wartawan beragama Islam duduk semeja dan makan makanan yang tidak diyakini halal bersama wartawan bukan Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara wartawan yang hadir termasuk daripada agensi berita Utusan Malaysia, MelakaKini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa wartawan daripada akhbar Cina. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×