KEMAMAN – Perbuatan durjana seorang lelaki mengkhianati amanah dengan merogol dan meliwat anak perempuan tirinya yang berusia lapan tahun dalam dua insiden berasingan baru-baru ini berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh yang merupakan seorang penganggur berusia 54 tahun mengaku bersalah setelah kertas pertuduhan dibacakan. Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit…










