Penganggur mengaku salah tikam dua anggota polis dengan pisau - Utusan Malaysia

Penganggur mengaku salah tikam dua anggota polis dengan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Seorang penganggur mengaku bersalah mendatangkan kecederaan ke atas dua anggota polis dengan menikam menggunakan sebilah pisau Sabtu lalu.

Tertuduh, M. Dinesh, 28, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Azzuin Abdul Moati.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohammad Izzat Shafiq Mohd. Razi, 24, dan Lans Koperal Mohd. Nazri Mat Nayan, 31, iaitu menikam dengan sebilah pisau pada lengan kiri dan kanan di flat Lengkok Mahsuri, Bayan Baru kira-kira pukul 1.15 pagi, 30 Jun lalu.

Majistret Nor Azzuin kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama dua tahun bermula tarikh tangkapan dengan satu sebatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN