Penganggur dipenjara 27 tahun 15 sebatan - Utusan Malaysia

Penganggur dipenjara 27 tahun 15 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 30 Julai – Mahkamah Seksyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun dan 15 sebatan terhadap seorang penganggur kerana merogol dan meliwat anak tirinya yang berusia 8 tahun antara bulan Jun dan 13 Julai lalu.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy  ketika membuat keputusan itu menyifatkan hukuman itu sebagai pengajaran kepada tertuduh yang seumpama haruan makan anak sedangkan sepatutnya teruduh itu  melindungi kanak-kanak perempuan yang masih kecil itu sebagaimana anak kandung.

Tertuduh,54, yang didakwa merogol mangsa antara 1 hingga 22 Jun  dan meliwat pada 13 Julai lalu  mengaku bersalah bagi  dua pertuduhan di bawah seksyen 376(3) dan 377C Kanun Keseksaan yang boleh di bawah hukum di bawah akta yang sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10  kali sebatan bagi pertuduhan di bawah seksyen 376 (3) di samping tujuh tahun penjara bersama 5 kali sebatan bagi pertuduhan di bawah seksyen  377C.

Kedua-dua hukuman tersebut berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Menurut fakta kes, dalam kejadian terakhir pada 6.30 pagi 13 Julai lalu, anak perempuan pengadu  datang dan berbaring di sebelah pengadu (ibu mangsa) sambil menangis.

Apabila ditanya pada sebelah tengah hari tentang apa yang berlaku, anak pengadu memberitahu “benda biasa” lalu menceritakan bahawa bapa tirinya telah meliwatnya secara paksa dan mengugut akan memukulkan jika memberitahu perkara itu kepada orang lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Marsilawati Mohamad Shah manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN