Peng Soon, Liu Ying lepasi halangan awal - Utusan Malaysia

Peng Soon, Liu Ying lepasi halangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memulakan kempen Kejohanan Badminton Dunia dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan ketiga beregu campuran di Nanjing, China sebentar tadi.

Beregu No. 9 dunia itu, yang menerima bye di pusingan pertama menewaskan pasangan India, Saurabh Sharma-Anoushka Parikh 21-18, 21-11 pada pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Nanjing.

Peng Soon-Liu Ying akan bertemu pasangan England, Marcus Ellis-Lauren Smith pada pusingan ketiga, esok.

Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mara ke pusingan ketiga selepas mengalahkan pasangan Belanda, Jacco Arends-Selena Piek 21-13, 21-17 untuk berdepan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa.

Namun nasib berbeza menimpa satu lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand selepas tewas 12-21, 15-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN