SEPANGGAR – Seramai 250 penduduk membantah cadangan pembinaan petempatan sementara mangsa kebakaran Kampung Cenderamata 2, Likas di kawasan tanah lapang berhampiran Kampung Darau dekat sini hari ini. Bantahan yang dibuat secara aman bermula pada pukul 3.30 petang tadi itu dilakukan susulan kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman yang menyatakan tanah seluas 6.4 hektar akan dibangunkan untuk perumahan transit mangsa kebakaran terbabit. Wakil penduduk, Ashim Jamat berkata, rata-rata penduduk…










