Penduduk gesa pendirian kerajaan isu moratorium bauksit - Utusan Malaysia

Penduduk gesa pendirian kerajaan isu moratorium bauksit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 Julai – Kerajaan digesa menyatakan pendirian berhubung status moratorium perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh di sini dan negeri ini khususnya sejak ia dilaksanakan pada 15 Januari 2016.

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah berkata, sejak tempoh penggantungan operasi berakhir 30 Jun lalu, tiada sebarang keputusan rasmi dibuat dan ia menjejaskan aktiviti peneroka serta pengusaha terlibat.

“Saya akan bangkitkan perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat memandangkan kita belum nampak kesungguhan mereka (kerajaan) mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat.

“Sudah pasti perkara ini menyusahkan pemilik tanah yang terbabit dengan aktiviti perlombongan bauksit. Sekiranya arahan jelas bahawa ia (moratorium) diteruskan, maka mereka (pemilik tanah) boleh berbincang dengan pengusaha lombong bauksit daripada tapak lombong itu terbiar. Kalau sudah tidak boleh diteruskan lebih baik mereka mulakan proses penanaman semula kelapa sawit atau tumbuhan lain yang dapat memberikan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Penduduk Taman Bukit Goh Perdana, Felda Bukit Goh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN