Pendakwa raya Indonesia tuntut militan JAD disekat - Utusan Malaysia

Pendakwa raya Indonesia tuntut militan JAD disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Julai – Pendakwa raya Indonesia menuntut mahkamah agar menyekat rangkaian kumpulan militan Jemaah Anshorut Daulah (JAD) daripada terus beroperasi di negara ini.

Berpuluh rangkaian JAD telah terlibat dalam beberapa siri serangan bunuh diri dan aktiviti keganasan di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Sekumpulan panel pendakwa raya telah memfailkan saman di mahkamah daerah Jakarta Selatan menuntut agar semua aktiviti JAD disekat di negara ini.

Menurut ketua panel berkenaan, Heri Jarman, JAD disifatkan sebagai ancaman serius dan berisiko kepada orang ramai.

Selain itu, bagi meyakinkan pihak mahkamah, Heri telah menyertakan banyak bukti berkaitan implikasi anggota JAD dalam pelbagai serangan yang telah dilakukan.

Implikasi daripada JAD dalam serangan bunuh diri di negara ini juga didedahkan oleh Ketua Umum Polis Indonesia, Tito Karnavian sejurus selepas insiden pengeboman di Surabaya dan Riau yang mengorbankan 32 orang maanakala puluhan lagi cedera.

Anggota kumpulan militan terbabit sering kali diberkas dalam beberapa siri operasi penahanan oleh skuad antikeganasan.

Bulan lalu, ketua kumpulan militan JAD, Aman Abdurrahman dihukum mati atas kesalahan merancang serangan bunuh diri di kafe Starbucks pada 2016. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN