Penceramah bebas maut kemalangan - Utusan Malaysia

Penceramah bebas maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 17 Julai – Seorang penceramah bebas, Bakhtiar Mohd. Yusof, 67, dari Negeri Sembilan maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta Nissan Almera di Kampung Batu 3 Padang Geh Jalan Kuala Ketil-Baling di sini, semalam.

Bakhtiar Mohd. Yusof
Bakhtiar Mohd. Yusof

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Md. Saad berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dalam kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Amanjaya, Sungai Petani digegaskan ke tempat kemalangan dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit.

“Isteri mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga itu, Nor Siah Aliyasar, 46, berasal dari Pekan Baru, Baling dan anak lelakinya, Amir Irfan Mat Radzi, 10, di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kemalangan berlaku semasa kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menuju ke Baling.

“Manakala seorang Pegawai Penerangan Daerah Baling, Azfariza Ismail, 42, yang memandu kereta Nissan Almera turut dimasukkan ke HSAH Sungai Petani akibat kecederaaan dalam kemalangan itu.

“Manakala mangsa yang meninggal dunia di HSAH Sungai Petani dihantar ke Felda Pasoh 2, Negeri Sembilan untuk urusan pengkebumian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN