Penceramah bebas maut kemalangan, tiga lagi cedera - Utusan Malaysia

Penceramah bebas maut kemalangan, tiga lagi cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING – Seorang warga emas yang juga pencera­mah bebas maut apabila kereta jenis Proton Sa­ga yang dinaiki bertembung dengan Nissan Almera di Kilometer 31.1 Jalan Sungai Petani-Baling di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, mangsa, Bakhtiar Mohd. Yusof, 67, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Nor Siah Aliyasar, 47, cedera parah dan anak lelaki mereka, Amir Irfan Mat Radzi, 10, pula dilaporkan cedera ringan.

Pemandu kereta Nissan Almera yang merupakan Pegawai Pe­nerangan Daerah Baling, Azfariza Ismail, 42, turut cedera.

Ketua Polis Daerah Ba­ling, Superintendan Shariffuddin Mohd. Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Nor Siah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung de­ngan kereta Nissan Almera tersebut.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN