KUALA LUMPUR 19 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO berhasrat membina kembali kekuatan akar umbi menerusi pemerkasaan dan penubuhan Majlis Ketua-ketua Pemuda UMNO negeri sebagai usaha menarik semula sokongan rakyat kepada parti tersebut.
Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penubuhan majlis yang akan membincangkan segala strategi dan gerak kerja untuk mendekati pelbagai kelompok anak muda itu penting dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.
Menurut beliau, Pemuda UMNO juga akan memberi lebih banyak tumpuan kepada gerak kerja di akar umbi berbanding membina kekuatan yang berpusat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sahaja.
“Majlis ini akan diperkasakan kerana bermula pada sesi kali ini gerak kerja Pemuda banyak tertumpu di akar umbi bagi menarik kembali sokongan dan dokongan anak muda kepada UMNO, bukan sekadar berpusat di PWTC sahaja.
“Kita akan memberi tumpuan untuk membincangkan strategi dan segala gerak kerja untuk mendekati anak muda bagi memenangi kembali hati rakyat. Mudah-mudahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti kita akan kembali meraih kejayaan,” katanya.
Beliau berkata demikian seperti dipetik dalam video yang dimuat naik dalam laman portal UMNO Online selepas mempengerusikan mesyuarat dan majlis angkat sumpah pelantikan ketua dan naib Ketua Pemuda UMNO negeri di Menara Datuk Onn, PWTC di sini, hari ini.
Berikut merupakan senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri bagi sesi 2018-2021:
Perlis
Ketua Pemuda – Harmizan Abdul Halim
Naib Ketua Pemuda – Noor Hairi Noor Mohammed
Kedah
Ketua Pemuda – Mohamad Fadzil Zolkipli
Naib Ketua Pemuda – Mohd Raqib Abu Hassan
Kelantan
Ketua Pemuda – Noor Hariri Mohd Noor
Naib Ketua Pemuda – Shahrul Fadhel Mohd Aziz
Terengganu
Ketua Pemuda – Tengku Haphiz Tengku Putera
Naib Ketua Pemuda – Zul Fadli Rozi
Pulau Pinang
Ketua Pemuda – Rosesarwandi Saad @ Yaacob
Naib Ketua Pemuda – Anuar Faisal Yahaya
Perak
Ketua Pemuda – Mohd Arrif Abdul Majid
Naib Ketua Pemuda – Nazirul Jamaluddin
Pahang
Ketua Pemuda – Mohd Farid Mohd Nor
Naib Ketua Pemuda – Wan Mohamad A’zam Wan Rosdy
Selangor
Ketua Pemuda – Rizam Ismail
Naib Ketua Pemuda – Amin Mohd Shukor
Wilayah Persekutuan
Ketua Pemuda – Mohamed Nizham Abdullah Hamidi
Naib Ketua Pemuda – Syahril Izham Abd. Malek
Negeri Sembilan
Ketua Pemuda – Datuk Zaidy Abdul Kadir
Naib Ketua Pemuda – Muhamad Sufian Maradzi
Melaka
Ketua Pemuda – Fairul Nizam Roslan
Naib Ketua Pemuda – Dr. Muhamad Akmal Saleh
Johor
Ketua Pemuda – Mohd. Hairi Mad Shah
Naib Ketua Pemuda – Mohd. Farid Mohd. Khaled
Sabah
Ketua Pemuda – Ir. Abdul Aziz Julkarnain
Naib Ketua Pemuda – Abdul Halim Sidek Gulam Hassan. – UTUSAN ONLINE










