Pemuda UMNO Kedah buat laporan polis terhadap M. Kulasegaran - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Kedah buat laporan polis terhadap M. Kulasegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini tampil membuat laporan bagi mendesak polis melakukan siasatan terhadap Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran selepas didakwa mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan sentimen perkauman walaupun beliau telah memohon maaf di atas perkara tersebut.

Ketuanya, Mohamad Fadzil Zolkipli berkata, polis perlu melakukan siasatan kerana kenyataan pemimpin DAP itu didapati dengan secara sengaja membangkitkan kebencian terhadap sejarah negara dan  mengganggu gugat prinsip Rukun Negara dan Perlembangaan.

Menurutnya, permohonan maaf  yang dibuat Kulasegaran tidak mencukupi dan beliau perlu disiasat dengan terperinci.

“Kita tahu beliau (Kula Segaran) sudah membuat kenyataan minta maaf kepada semua terutama orang Melayu tetapi dalam kenyataan maaf itu beliau masih mempertahankan dakwaan ada pihak masih menabur fitnah di atas kenyataan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas wakil Pemuda UMNO Kedah membuat laporan polis terhadap  Kula Segaran di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri. 

Kosmo! hari ini melaporkan Kula Segaran yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, tuduhan  kononnya beliau mengeluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa orang Melayu adalah pendatang dan penduduk asal Tanah Melayu ialah penganut agama Hindu merupakan fitnah dan pembohongan.

Mohamad Fadzil berkata, laporan polis itu juga dibuat untuk memastikan perkara yang sama tidak diulangi lagi kerana perbuatan tersebut mengancam keselamatan negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN