ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini tampil membuat laporan bagi mendesak polis melakukan siasatan terhadap Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran selepas didakwa mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan sentimen perkauman walaupun beliau telah memohon maaf di atas perkara tersebut. Ketuanya, Mohamad Fadzil Zolkipli berkata, polis perlu melakukan siasatan kerana kenyataan pemimpin DAP itu didapati dengan secara sengaja membangkitkan kebencian terhadap sejarah negara dan mengganggu gugat prinsip Rukun Negara dan…










