Pemuda pecah masuh rumah jurutera diberkas - Utusan Malaysia

Pemuda pecah masuh rumah jurutera diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang suspek lelaki berusia 21 tahun diberkas selepas dipercayai memecah masuk sebuah kediaman milik seorang jurutera di Lorong Jernih, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Tangkapan ke atas suspek lelaki berketurunan India itu dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) di Jalan Tingkat Damai 1, kira-kira pukul 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga pemilik rumah berkenaan pada pukul 1.30 petang, Khamis lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pengadu memaklumkan yang isterinya ternampak seorang lelaki berada di tingkat atas rumah mereka kira-kira pukul 5.20 pagi (Khamis) lalu menjerit ke arah suspek terbabit.

“Pengadu kemudiannya terjaga daripada tidur dan terus mengejar suspek. Lelaki itu sempat melarikan diri melalui pintu hadapan bahagian bawah rumah pengadu,”

“Dalam kejadian itu, pengadu berdepan kerugian RM1,500 apabila suspek dipercayai melarikan wang bernilai RM500 dan dua buah telefon bimbit mereka. Kejadian berjaya dirakam menerusi sistem rakaman televisyen tertutup (CCTV) rumah pengadu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Nik Ros Azhan memberitahu lagi, hasil saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati positif Methamphetamine selain mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah. 

Tambahnya, siasatan lanjut mengenai penglibatan suspek dalam kejadian itu akan dijalankan sepanjang tempoh reman dikeluarkan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×