Pemilik syarikat haji, umrah didakwa - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat haji, umrah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pemilik sebuah syarikat pengurusan haji dan umrah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu visa Furada membabitkan kerugian RM150,000 tahun lalu.

Visa Furada me­rupakan visa urusan sendiri kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih yang menawarkan pakej haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Tertuduh, Aminuddin Ab. Rahman, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyerahkan 32 salinan visa jemaah milik Syarikat Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn. Bhd. kepada Razinah Ayob, 63, yang dia percaya salinan visa tersebut adalah Visa Furada diuruskan olehnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang juga merupakan pemilik syarikat pengurusan haji dan umrah telah menyerahkan wang berjumlah RM150,000 secara tunai sebagai bayaran untuk mendapatkan Visa Furada di mana wang tersebut tidak akan diserahkan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Tertuduh didakwa me­lakukan perbuatan itu di Mr. Travel and Services Sdn. Bhd., Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Puchong pada 26 Ogos lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×