Pemilihan hidup mati? - Utusan Malaysia

Pemilihan hidup mati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMILIHAN PKR Ogos ini menarik untuk diikuti kerana selepas 20 tahun berada di bawah rejim kepemimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jawatan Presiden dibuka untuk rebutan dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah me­nyatakan hasrat untuk mengisinya.

Pada awalnya, Anwar difikirkan bakal menerima laluan mudah, namun senario itu berubah selepas beberapa pemimpin PKR didakwa mahu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggalas jawatan berkenaan.

Isyarat semakin jelas selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengeluarkan kenya­taan mahu semua pihak menghormati Perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha untuk menyekat.

Menambah rencah, Mohamed Azmin terus berteka-teki berhubung isu tersebut dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak menjawab segala persoalan.

Mungkinkah Mohamed Azmin bertukar nada selepas mendengar spekulasi yang menyatakan Anwar lebih cenderung untuk memilih bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai timbalannya di dalam PKR.

Spekulasi diperkuatkan dengan laporan PKR kini terbahagi kepada dua kem iaitu satu diketuai Anwar dan isteri, Wan Azizah, manakala satu lagi gandi­ngan Mohamed Azmin dan Zuraida.

Sikap Mohamed Azmin sebenarnya menghairankan ramai pihak, kalau dilihat kepada ba­nyaknya pengorbanan telah dilakukan Anwar bagi mengangkat karier politik beliau. Pengesahan awal untuk tidak mencabar Anwar penting bukan sahaja demi kelangsungan politik, tetapi menolak kewujudan unsur ‘pengkhianatan’ seperti digembar-gemburkan ramai pihak.

Bagaimanapun, hakikat yang perlu diterima kini adalah keputusan Anwar mencalonkan diri bertanding jawatan Presiden PKR adalah persediaan beliau mengalas tugas sebagai Perdana Menteri dari­pada Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh dua tahun akan datang, namun usaha tersebut juga bermakna struktur pentadbiran kerajaan PH yang baru berusia setahun jagung bakal dirombak.

Mengikut amalan pembahagian kuasa dalam PH, PKR yang memenangi 48 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, dalam makna lain jika Anwar memenangi kerusi presi­den, beliau akan diangkat menjadi ahli Parlimen untuk menggalas jawatan nombor dua negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN