TUARAN 22 Julai – Pembayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar petroleum perlu mengambil kira banyak faktor termasuk situasi ekonomi semasa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, mekanisme pembayaran tersebut akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya. “Perkara ini akan dibincangkan dan saya akan merujuk semula dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi meneliti perkara tersebut. “Royalti ini akan diperhalusi semula dan kerajaan komited untuk memenuhi…










