Pembangkang ada bukti - Utusan Malaysia

Pembangkang ada bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Barisan pembangkang mempunyai bukti yang cukup bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dalam proses mencadangkan nama Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu dalam tempoh 14 hari sebelum sesi persidangan hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, atas sebab itu beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas bertindak keluar dewan sebagai tanda protes tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut.

“Biarpun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah memaklumkan bahawa Perdana Menteri telah menghantar surat cara pelantikan calon Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu tetapi kami mempunyai bukti yang cukup bahawa tempoh 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam standing order dalam Dewan Rakyat tidak diikuti,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN