KUALA PILAH – Seorang pemandu kereta maut manakala isterinya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 17 Jalan Kuala Pilah-Tampin di sini semalam. Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, mangsa, Lee Tiang Hock, 55, dari Taman Bukit Katil Damai 2, Melaka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala. Isterinya, Annie Keong It Pin, 52, pula dipercayai mengalami kecederaan dalaman.…










