Pemandu maut, penumpang parah kenderaan ditembak di Narathiwat - Utusan Malaysia

Pemandu maut, penumpang parah kenderaan ditembak di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT – Seorang pemandu maut manakala rakannya cedera parah akibat ditembak sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Balukar, di Narathiwat kira-kira 5.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Akibat serangan itu, trak pikap dipandu mangsa terbabas ke dalam parit.

“Pemandu, Bahreng Mail, 31, mati di tempat kejadian akibat kesan-kesan tembakan di badan dan muka. Tujuh kelongsong peluru shot gun turut ditemui,” kata Ketua Polis Siasatan Daerah Bachok Kol Akkaradech Chimpong kepada pemberita.

Kedua-dua mangsa menurutnya dalam perjalanan ke kawasan pembinaan jalan raya ketika kejadian.

Mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Rajibman Kori yang bekerja sebagai pembantu syarikat kontraktor yang memajukan pembinaan jalan raya berkenaan, katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN