Pemandu maut digilis lori - Utusan Malaysia

Pemandu maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 4 Julai – Seorang pemandu maut setelah digilis oleh sebuah lori tiga tan yang tiba-tiba menggelongsor setelah di parkir di sebuah tapak perindustrian di Kampung Santong, di sini petang tadi.

YUSLAN
YUSLAN

Dalam kejadian pukul 2.10 petang itu, Yuslan Yusuf, 38, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, Klinik Kesihatan Paka akibat mengalami kecederaan parah di anggota badan.

Kejadian dipercayai berlaku di satu kawasan berbukit, apabila kenderaan yang ditinggalkan dilihat mula bergerak, dan mangsa kemudiannya mengejar lalu cuba melompat masuk  tetapi terjatuh sebelum digilis oleh tayar belakang kenderaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut penyelia kawasan projek, Abdul Azizi Husin, 54, ketika kejadian dia baru sahaja hendak memulakan kerja selepas rehat dan ternampak rakannya mengejar lori itu untuk memberhentikannya.

“Saya dah larang namun dia tetap mengejarnya. Saya bawanya ke klinik dan tidak lama kemudian pegawai kesihatan yang bertugas memberitahu mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan urusan pengebumian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN