KUALA LUMPUR 26 Julai – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di Kilometer 20.3, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, mangsa, Mohd. Faisal Zainudin, 35, dalam perjalanan ke arah selatan meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah. Menurutnya, pihak polis menerima panggilan pukul 4.15 pagi daripada orang…










