Pemandu Jaguar XF putus tangan kanan akibat kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu Jaguar XF putus tangan kanan akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang pemandu kereta Jaguar XF putus tangan kanan setelah kereta yang dinaikinya hilang kawalan dan terbabas di tengah jalan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu di sini kira-kira pukul 3.11 pagi tadi.

Mangsa, Ng Kok Keat, 36, berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati kereta yang dipandu lelaki terbabit datang dari arah pusat bandar menghala ke Bayan Lepas.

“Sebaik tiba di laluan berkenaan, keretanya itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan terbalik,” katanya di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN