Pemandu Jaguar putus tangan - Utusan Malaysia

Pemandu Jaguar putus tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang pemandu kereta mewah jenis Jaguar XF putus tangan kanannya apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di tengah jalan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.11 pagi itu, mangsa, Ng Kok Keat, 36, yang merupakan seorang jurujual terpaksa dikeluarkan daripada kereta dengan bantuan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

Kok Keat kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk ra­watan lanjut.

Kereta bernilai kira-kira RM424,000 itu didaftarkan atas nama adik mangsa berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kereta yang dipandu lelaki terbabit datang dari arah pusat bandar menghala ke Bayan Lepas.

“Sebaik tiba di laluan berkenaan, keretanya itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan terbalik.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dalam keadaan selamat namun tangan kanannya terputus hingga bahagian lengan,” katanya di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN