ALOR SETAR – Kelab-kelab penyokong pasukan Kedah mengharapkan pengurusan dan pemain skuad Helang Merah tidak memandang mudah setiap pasukan lawan selepas diundi dalam kumpulan C pada saingan peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia musim ini. Penasihat kepada kelab-kelab penyokong Kedah, Azman Ahmad berkata, pasukan Kedah diramal mempunyai peluang agak cerah mara ke peringkat suku akhir piala berprestij itu berdasarkan undian tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, skuad Kedah tidak boleh memperkecilkan kemampuan dan kehebatan…










