Peluang raih cabutan bertuah - Utusan Malaysia

Peluang raih cabutan bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Acara larian BizRun 2018 anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan MyFit menawarkan ha­diah cabutan bertuah lumayan berjumlah lebih RM100,000.

Pegawai Perhubu­ngan Awam Kelab Sukan Kecergasan MyFit, Rony Putra berkata, pihaknya telah mendapatkan kerjasama strategik daripada syarikat-syarikat swasta bagi menjayakan acara kesukaan ramai itu.

“Hadiah utama yang bakal dibawa pulang oleh pemenang cabutan bertuah adalah sebuah kereta Perodua Axia bernilai kira-kira RM30,000.

“Bukan itu sahaja, para peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan percuma berjumlah RM15,000 untuk tiga orang pemenang yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Syber Quest Aerospace Sdn. Bhd.

“Menarik­nya, mereka akan dibawa menaiki pesawat persendirian jenis Cessna bagi melihat pemandangan sekitar ibu kota Kuala Lumpur,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN