Pelajar UiTM maut jatuh asrama - Utusan Malaysia

Pelajar UiTM maut jatuh asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang pelajar lelaki Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dengkil di Sepang maut selepas terjatuh dari besi balkoni tingkat empat asrama ketika bercakap menggunakan telefon.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, semasa kejadian pada pukul 11.32 malam, Nik Muhammad Addin Azmi, 18, yang merupakan pelajar asasi sains terjatuh ketika duduk di atas besi balkoni menghadap ke luar bangunan tersebut.

Menurut beliau, Nik Muhammad Addin yang berasal dari Taman Medan, Peta­ling Jaya, Se­langor itu dikatakan sedang berbual dengan kawannya menerusi te­lefon bimbit.

“Seorang pelajar lain yang melihat mangsa bercakap dengan telefon sambil duduk di atas besi balkoni menghadap ke luar bangunan. Tiba-tiba mangsa terjatuh dari besi yang diduduki lalu jatuh dari ketinggian empat tingkat,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN