Pelajar UiTM Dengkil maut jatuh tingkat empat ketika guna telefon - Utusan Malaysia

Pelajar UiTM Dengkil maut jatuh tingkat empat ketika guna telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) maut selepas tergelincir dari balkoni sebuah bangunan tingkat empat di kampus tersebut kira-kira 11.32 malam di Dengkil, Sepang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, mangsa merupakan pelajar lelaki jurusan sains berusia 18 tahun itu sedang berbual dengan menggunakan telefon bimbit di atas palang besi balkoni menghadap ke luar bangunan tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama kawannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama.

“Menurut rakannya yang juga saksi kejadian, mangsa sedang bercakap telefon sambil duduk di atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan.

“Tiba-tiba mangsa tergelincir dari besi yang diduduki lalu jatuh ke bawah bangunan yang mempunyai ketinggian empat tingkat,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Aziz berkata, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat bawah mati mengejut dan siasatan masih diteruskan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN