Pelajar prauniversiti teruja bertemu Menteri Pendidikan - Utusan Malaysia

Pelajar prauniversiti teruja bertemu Menteri Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 60 pelajar prauniversiti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior di Jitra, Kedah baru-baru ini berpeluang menghadiri rumah terbuka Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Padang Serai.

Ketua Pengawas, Muhammad Saniy Samsudin bersama Guru Sejarah, Nor Shamshuri Mat mengetuai rombongan yang memberi kenangan amat bermakna kepada kumpulan pelajar tersebut.

Walaupun pertemuan ini baru pertama kali bagi mereka tetapi kemesraan yang ditunjukkan serta peluang untuk berinteraksi dengan menteri kerajaan Pusat memberi gambaran amalan hormat-menghormati di peringkat sekolah atau universiti perlu diwujudkan di peringkat Kementerian Pendidikan, didahului oleh beliau sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, peluang kepada pelajar memahami budaya yang diserapkan oleh menteri tersebut supaya hormat-menghormati perlu diamalkan tidak kira agama, bangsa, negeri mahupun latar belakang.

Konsep ini dilihat anggota rombongan selari dengan menteri yang mahukan tiga budaya yang diserapkan dalam kehidupan pelajar sama ada dalam bilik darjah atau mengikut buku semata-mata, perlu diterapkan agar menghasilkan pelajar yang mempunyai nilai moral dan sahsiah yang tinggi.

SAMSUDIN OLI MOHAMED

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×