Pelajar perlu serlah bakat, kebolehan - Utusan Malaysia

Pelajar perlu serlah bakat, kebolehan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 9 Julai – Golongan pelajar digesa bangkit dan menyerlahkan bakat serta potensi yang ada pada diri masing-masing bagi menguasai ilmu pengetahuan dalam zaman serba mencabar ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pelajar juga harus mempertingkatkan kebolehan mereka menguasai ilmu komunikasi ter­utamanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selain mempelajari bahasa-bahasa lain sebagai nilai tambah.

“Pada masa yang sama, pe­nguasaan ilmu hendaklah seiring dengan nilai-nilai murni, menghayati nilai agama dan moral sebagai petunjuk dalam menempuh kehidupan di masa hadapan.

“Saya menyeru kepada ibu bapa pelajar agar turut memainkan peranan dengan memberi sokongan dan tidak menyerahkan urusan ini kepada guru dan sekolah semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM) di Bukit Piatu di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan Melaka, Abu Bakar Sahari dan Pengetua SMTM, Karim Tumin.

Majlis sambutan hari raya anjuran SMTM itu julung kali diadakan secara besar-besaran dengan kehadiran kira-kira 2,000 jemputan.

Adly yang juga bekas pelajar SMTM pernah me­nuntut di sekolah itu dalam bidang Kejurute­raan Mekanikal pada tahun 1987 hingga 1988.

Menurut Adly, dunia pendidikan hari ini semakin mencabar dan cara didikan kepada pelajar juga perlu berubah seiring per­ubahan masa.

“Apatah lagi dengan kehadiran Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) menjelang tahun 2020 dan untuk itu kerajaan menjangkakan pelbagai pembaharuan serta perubahan akan berlaku kepada kehidupan manusia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN