Pelajar perempuan nyaris maut - Utusan Malaysia

Pelajar perempuan nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Gara-gara mengambil enam biji pil tidur kerana berjaga sehingga awal pagi untuk menonton drama Korea dan bermain permainan video telah menyebabkan seorang pelajar pe­rempuan berusia 16 tahun nyaris maut selepas terjun dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid (gambar) berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mang­sa bernasib baik kerana terba­ring di atas tanah lembut.

“Dia bagaimanapun mengalami keretakan tulang belakang selain tiada sebarang kecederaan seperti patah pada bahagian badan lain ketika pemeriksaan di Hospital Bukit Mertajam dijalankan.

“Hasil pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati mangsa telah bertindak terjun daripada bangunan itu akibat pengaruh ubat tidur berlebihan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN