Pelaburan KWAP cecah RM3.8 bilion - Utusan Malaysia

Pelaburan KWAP cecah RM3.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Pelaburan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam beberapa bidang penting mencatatkan nilai sebanyak RM3.8 bilion setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, portfolio pelaburan tertumpu kepada aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) itu telah dimulakan sejak Disember 2014 dengan dana awal berjumlah RM1 bilion.

Beliau berkata, hasil pertumbuhan yang kekal positif, KWAP merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam ESG bagi memastikan hasil pulangan yang kukuh diraih pada masa depan.

“Setakat ini, pelaburan KWAP dalam ESG mencatatkan pulangan yang positif walau berdepan persekitaran pasaran tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Alam Sekitar 2018 di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN