KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) memperuntukkan kira-kira RM800 juta untuk dilaburkan dalam pelaburan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) antarabangsa yang akan diuruskan oleh dua pengurus dananya. Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, setakat ini, sebanyak RM520 juta telah dilaburkan dalam pelaburan ESG tempatan dan antarabangsa yang diuruskan oleh pengurus dana luarnya. “KWAP masih belum menggunakan keseluruhan pelaburan yang diperuntukkan dan…










