KUALA LUMPUR 4 Julai – Demi menjaga kedaulatan institusi perundangan negara agar terus bebas dan tidak disalahgunakan sehingga dipersoal kemudian hari, peguam dan golongan cendekiawan undang-undang diseru menjadi pemerhati dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Peguam, Akmal Saufi Mohamed Khaled berkata, perkara tersebut perlu dilaksanakan bagi mengambil kira faktor Najib sebagai bekas pemimpin parti lawan kepada parti pemerintah sekarang iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ujarnya, pemerhatian daripada golongan tersebut diperlukan dalam memastikan kerajaan tidak menggunakan sebarang pengaruh mahukan tindakan yang boleh mengganggu proses perbicaraan dan kebebasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya