KUALA LUMPUR 4 Julai – Demi menjaga kedaulatan institusi perundangan negara agar terus bebas dan tidak disalahgunakan sehingga dipersoal di kemudian hari, peguam dan golongan cendekiawan undang-undang diseru untuk menjadi pemerhati perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![]() |
|
Akmal Saufi Mohamed Khaled
|
Peguam, Akmal Saufi Mohamed Khaled berkata, perkara tersebut perlu dilaksanakan sebagai mengambil kira faktor Najib merupakan bekas pemimpin parti lawan kepada parti pemerintah sekarang iaitu Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ujarnya, pemerhatian daripada golongan tersebut diperlukan dalam memastikan kerajaan tidak menggunakan sebarang pengaruh mahukan tindakan yang boleh mengganggu proses perbicaraan dan kebebasan mahkamah membuat keputusan.
“Maka saya menyeru kesemua peguam dan golongan cendekiawan perundangan dalam Malaysia dan luar negara agar memerhati dan mengambil maklum perjalanan perbicaraan kes ini.
“Bersalah mahupun sebaliknya, proses perundangan yang betul akan mendapatkan keputusan perbicaraan yang betul,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE












