Peguam Amerika nafi pembabitan Ramasamy dengan LTTE - Utusan Malaysia

Peguam Amerika nafi pembabitan Ramasamy dengan LTTE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy berkongsi surat seorang peguam dari New York, Amerika Syarikat yang menafikan sebarang kaitan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka

Surat menafikan pembabitan Ramasamy dan LTTE.
Surat menafikan pembabitan Ramasamy dan LTTE.

Surat V. Rudrakumaran bertarikh 27 Julai 2018 itu menyatakan Ramasamy merupakan anggota Jawatankuasa Perlembagaan (Constitutional Affairs Committee) yang ditubuhkan bagi mengenalpasti cara-cara usaha pendamaian bagi mengakhiri konflik di Sri Lanka.

“Anggota Jawatankuasa ini terdiri daripada ahli akademik dan pakar. Encik Shiva Pasupathy bekas Peguam Negara Sri Lanka dan Professor Ramasamy merupakan antara anggota jawatankuasa ini.

“Kedua-dua Encik Shiva Pasupathy dan Professor Ramasamy tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan LTTE,” kata Rudrakumaran yang mendakwa menjadi koordinator jawatankuasa tersebut.

 

Rudrakumaran berkata, pada tahun 2002 proses pendamaian antara LTTE dan Kerajaan Sri Lanka telah dimulakan dengan inisiatif negara Norway, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

Segala perbelanjaan jawatankuasa tersebut dibiayai oleh Kerajaan Norway.

Ramasamy ketika ini menjadi perhatian kerana didakwa menyokong LTTE dan lebih 50 laporan polis telah dibuat ke atas beliau.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN