KOTA KINABALU – Seorang penjawat awam Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (Peladang) dijatuhi hukuman penjara 15 bulan selepas mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan melibatkan perbuatan memalsukan dan memperakukan dokumen palsu sebagai tulen dan menerima sejumlah suapan kira-kira tiga tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Farid Abdul, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapannya. Mengikut enam pertuduhan Mohd. Farid sebagai Pembantu Hal Ehwal Ekonomi…










