Pedang antara barang rampasan Op Mega 3.0 - Utusan Malaysia

Pedang antara barang rampasan Op Mega 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pedang merupakan antara senjata yang dirampas dipercayai digunakan pendatang asing bagi mengancam nyawa anggota yang menjalankan Op Mega 3.0 di sekitar Taman Subang Mas, Subang Jaya di sini malam tadi.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman yang menyertai operasi bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, mereka turut merampas beberapa senjata lain yang membahayakan anggota pada operasi bermula 12 tengah malam itu.

“Seramai 157 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada 380 orang yang diperiksa atas pelbagai kesalahan Imigresen termasuk dokumen palsu dalam operasi ini,” katanya kepada pemberita selepas pertama kali menyertai Op Mega 3.0 berkenaan malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang tempoh Op Mega 3.0 dijalankan bermula 1 Julai sehingga Jumaat lepas, seramai 4,476 PATI telah ditahan menerusi 1,568 operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Katanya, seramai 91 majikan turut ditahan bagi tempoh yang sama manakala 745 majikan telah didakwa dan diambil tindakan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN