SHAH ALAM 11 Julai – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini tahun lalu. Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Jamal, 48, selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu mengaku melakukan kesalahan…










