PDRM timbang sambung Ops Harapan - Utusan Malaysia

PDRM timbang sambung Ops Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimbangkan untuk meneruskan Ops Harapan selepas hampir sebulan dijalankan sejak pelancarannya pada 1 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, maklum balas yang diterima orang ramai sejak pelancarannya sangat memberangsangkan.

“Mereka berasa selamat apabila melihat pegawai dan anggota polis melakukan rondaan secara berjalan kaki di kawasan kediaman dan sekali gus mengurangkan kadar jenayah.

“Saya akan mengemukakan laporan kepada Ketua Polis Negara berkenaan hasil dan kejayaan Ops tersebut dan kita lihat apa keputusan beliau tentang hal itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Pertandingan Mara Lasak di Markas Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Datuk Mastor Mohd. Ariff dan Timbalan Pengarah KDNKA( Kepolisan Am), Datuk Abdul Aziz Yusoff.

Zulkifli menambah, sejak operasi tersebut dilancarkan, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan terhadap 38,084 individu di seluruh negara dan seramai 39 daripadanya telah ditahan.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 15 individu telah dituduh di mahkamah dan sembilan lagi masih dalam proses siasatan. Kita turut rampas empat buah motosikal, pelbagai jenis dadah dan peralatan menghisap dadah, alat pecah rumah serta senjata seperti pistol angin buatan sendiri dan pisau.

“Selebihnya pula telah dihantar ke agensi lain antaranya Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN