PDRM minta Macau tahan Jho Low - Utusan Malaysia

PDRM minta Macau tahan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Macau supaya mencari dan menangkap ahli perniagaan kontroversi, Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM sudah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa di Macau bagi mengesan lelaki itu atau nama penuhnya Low Taek Jho, 37.

“PDRM turut membuat permohonan mencari Jho Low dengan memberi notis merah melalui Polis Antarabangsa (Interpol) kepada China, Hong Kong, Indonesia dan Myanmar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga meminta kerjasama Taiwan melalui saluran diplomatik bagi mengesan Jho Low. Daripada semua permohonan tersebut, hanya Hong Kong memberikan kerjasama berserta butiran semasa Jho Low berada di negara itu pada minggu lalu,” kata beliau selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-83 Perwakilan Koperasi PDRM di Hotel Kuala Lumpur International di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×